10 Manfaat Intermitten Fasting

10 Manfaat Intermitten Fasting..

Sekejap sangat dah bulan february.. Tak lama lagi kita dah nak masuk bulan ramadhan.. Puasa ganti dah habis belum?😅

Makin meningkat usia.. Makin kita perlu cakna tentang pemakanan harian.. Bukan untuk kurus semata.. Dalaman kena sehat baru awet muda dan makin cantek dari dalam..

Pengalaman houri dulu suka sangat minum air manis teh ais, kopi ais, horlick ais, tealive.. Fast food seperti manggi, burger.. Junk food keropok twisties dan banyak lagi.. Sebab tu kulit houri dulu kusam dan selalu sakit dan tak cukup berat tau.. Ghisau... Ghisau...

Tapi... Bila houri dah start amalkan pemakanan sehat iaitu suplement makanan tambahan multivitamin, minum air dengan cukup dan selalu bersenam rasa bertenaga.. Mula capai berat ideal dan sentiasa sehat ceria.. Paling suka sangat nampak 10 tahun lebih muda tau.. Selalu orang ingat houri masih pelajar.. Sedangkan dah lama houri habis belajar😅

Jadi siapa kata jaga pemakanan nanti kurus sangat macam tak cukup makan?

Persepsi tu kena buang ketepi tau.. Penyakit berpunca dari perut.. Jaga perut sebab dan SIHAT DAN CANTEK. Kalau tak jaga perut mula lah penyakit mudah hinggap antaranya immune lemah, mudah demam, anxiety, GERD, Kencing manis, penyakit jantung, stroke dan lain2 penyakit kronik lagi..

Sekarang ni diet apa ya yang paling popular? 
INTERMITTEN  FASTING..

Houri ada terbaca info.. sembuh dari penyakit kronik dari INTERMITTEN FASTING untuk beberapa bulan.. Bukan senang nak jaga perut dengan jaga pemakanan kan.. Jomm houri terangkan😊..

Secara ringkasnya..
Puasa Basah = Intermitten Fasting (IF)
Puasa Kering = Puasa di bulan Ramadhan

Kenapa Ya IF Ni Puasa Basah
Masa IF kita boleh minum air sebaiknya air 0 kalori air kosong, air tanpa gula, cinch tea dan bullet proof coffee pun kita boleh minum.. Selalunya IF ni dilakukan pada sebelah malam.. pukul 7 dah mula puasa.. Makan malam di awalkan pukul 6 petang.. IF ni lebih ringan sebab malam kurang aktiviti dan tidur diawal waktu..

Puasa di bulan ramadhan pula, seperti kita semua tahu.. Kita menahan dari dari makan dan minum dari waktu subuh sehingga masuk waktu berbuka pada waktu maghrib.. Sebab itu dinamakan sebagai puasa kering..

Contoh waktu puasa IF

Boleh mulakan dengan 12:12

12:12
Puasa 12 jam
Waktu makan 12 jam

16:8
Puasa 16 jam
Waktu makan 8 jam

20:4
Puasa 20 jam
Waktu makan 4 jam

23:1
Puasa 23 jam
Waktu makan 1jam

Di bawah ni pulai houri kongsikan 10 manfaat Intermitten Fasting untuk kesihatan semua..

1- Menstabilkan paras insulin dalam badan.. Ketika berpuasa, paras insulin menurun dan sangat bagus untuk kesihatan dapat membantu mencegah dan mengawal masalah kencing manis.. Dimana paras insulin yang tinggi boleh merosakkan saraf mata, luka lambat sukar sembuh dan masalah salur darah.. Risiko gemuk dan obes

2- Mengawal dan bantu turunkan paras kolestrol jahat LDL, Triglyceride dan bantu tekanan darah yang sehat dengan pastikan pilih makanan yang sehat juga..

3- Meningkatkan sistem immune badan..

4- Meransang hormon tumbesaran badan (human growth hormone, HGF)

5- Meningkatkan metabolisme badan.. Ketika berpuasa metabolisme badan akan meningkat..

6- Mengurangkan risiko sakit jantung dengan pemakanan sehat.. Salur darah pun cantek..

7- Menyingkirkan toksin dari badan iaitu dapat detox dengan pemakanan sehat..

8- Mengurangkan keradangan.. Dimana radikal bebas tinggi dalam badan boleh membawa kepada risiko pertumbuhan abnormal iaitu kanser.. Dengan berpuasa dan gaya pemakanan yang sehat, radikal bebas dalam badan dapat dikurangkan.. DNA dan sel pun lebih sehat kurang risiko penyakit..

9- Meningkatkan kesihatan otak dan fokus..

10- Meningkatkan kesihatan sistem pencernaan dan usus.. Tiada lagi masalah sembelit dan kerak kotor di usus..

Jemput singgah ke entry KURUS DENGAN CARA DIET INTERMITTEN FASTING untuk lebih info tentang intermitten fasting..

#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023

Comments

Popular posts from this blog

MEWAH DAN MUDAHNYA PERCUTIAN SHAKLEE

PAIN RELIEF CAPLET UNTUK SAKIT SENDI

7 AMALAN GAYA HIDUP SIHAT