TIADA YANG LEBIH SAYANG KITA SELAIN ALLAH

Assalamualaikum.. Hye hampa..
Entry kalini houri nak kongsikan tentang kerohanian.. Dalam perjuangan hidup untuk gapai kejayaan dunia akhirat sangat perlu kata-kata kepada makananan hati.. Pujuk-pujuk hati agar terus segar dan mekar..

Tiada yang lebih sayang kita selain Allah..

Bila kita kecewa hilang pengharapan dalam kehidupan dan perjuangan..

Ada ketika Allah menguji mematahkan hati kita bukan untuk menghancurkan.. Bukan juga untuk membuatkan kita berputus asa..

Percayalah Allah mematahkan hati kita untuk menjadikan kita lebih kuat, lebih kental dan semangat juang lebih tinggi..

Dan bila tiba masa yang tepat, Allah akan hadirkan orang lain mahupun hal lain yang akan membahagiakan hati kita di kemudian hari dan membuatkan kita terpana terlupa yang dulunya kita pernah diuji dengan jatuh, sakit dan kecewa..

Tiada satu pun yang lebih mengetahui kenal diri kita selain Allah.. Bahkan kita sendiri taktau tak kenal betoi tentang diri kita sendiri..

Kita taktau esok lusa akan jadi apa.. hanya Allah yang tahu.. Jadi berdoa dan berusahalah jadi lebih baik lebih ikhlas dalam setiap pekara..

Jadi tak perlu gusar dan tak perlu bersusah hati..

Tiada siapa yang boleh angkat segala kesulitan kita selain Allah..

Mungkin harini atau ada ketika keadaan membuatkan kita sakit hati, kecewa dan banyak menangis..

Tapi percayalah.. Bila kita kecewa kita akan ada banyak masa untuk bersujud dan berdoa..

Pernah dengarkan bila tiada bahu untuk bersandar, masih ada lantai untuk beesujud..

Hanya Allah yang sentiasa ada dengan kita, tidak pernah tinggalkan kita dan tiada pernah memberi kata-kata yang menyakitkan hati kita..

Jadi jika tiada lagi teman untuk mendengar keluh kesah kita.. Jadikan tempat bersujud untuk meluah segala rasa dan keluh kesah kita.. Memohon dan memintalah selalu kepada Allah..

Ya Allah ampunilah segala dosa-dosaku, perindahkan lah akhlak ku, terimalah amal ibadahku..

Doa ibu bapa 
Ya Allah! ampunilah dosaku dan dosa kedua orang tuaku dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku sejak kecil..

Ya Allah jadikan aku orang yang tetap mendirikan solat, begitu juga zuriat keturunankan..

Ya Allah jadikan aku golongkan aku sebagai orang yang berjaya dunia akhirat..

Ya Allah berilah aku syurgamu dan masukkan aku kedalam syurga firdausmu tanpa hisab dan tanpa azab..

Rabbana atina fiddunya hasanah wa fil akhiroti hasanah waqina ‘adzabannar

“Ya Allah, berikanlah kepada Kami kebaikan di dunia, berikan pula kebaikan di akhirat dan lindungilah Kami dari siksa neraka.” (QS. al-Baqarah : 201).

Jomm kita amalkan doa-doa yang houri kongsikan selepas solat..

Itu saja perkongsi houri untu entry kalini.. semoga bermanfaat untuk semua.. Klik Kata-kata motivasi untuk kehidupan untuk pembacaan lebih menarik lagi bersemangat..

Houri Zalikha
Shaklee Bisnes Leader
0165017788

#HouriShaklee 
#nextlevelblogging 
#shakleethrive2023 
#shakleetriumph2023




Comments

Popular posts from this blog

MEWAH DAN MUDAHNYA PERCUTIAN SHAKLEE

PAIN RELIEF CAPLET UNTUK SAKIT SENDI

7 AMALAN GAYA HIDUP SIHAT