3 DOA YANG BAGUS UNTUK WANITA

Assalamualaikum..
Hye hampa.. Jomm houri nak share dengan hampa semua doa yang selalu houri amalkan dan kesannya houri rasa Allah dan Rasulullah selalu ada dan tidak pernah jauh meninggalkan houri..


1 - SELAWAT
Latih diri lazimi selawat.. 

Ada yang buat selawat 100 kali sehari, 1000-4000 kali sehari.. Jadi biasanya diri.. Peringat diri selawat selalu..

Moga-moga dalam apa saja kita lalui keberkatan selawat selalu mengiringi.. Seolah-olah ada saja macam kita dalam jagaan Allah dan lindungan Allah selalu..

Jadi lazimi selawat dan hampa sendiri pasti akan rasai satu nikmat Allah yang tak terhingga..

Moga-moga Rasulullah kenal kita dengan banyaknya selawat..

2 - DOA MEMOHON ZURIAT KETURUNAN YANG TETAP TEGUH MENDIRIKAN SOLAT
Apa saja kita mahukan dalam hiduo ini perlu doa secara spesifik..

Contoh Ya Allah.. Jangan biarkan aku hidup seorang diri.. Berilah aku jodoh yang soleh musleh, yang sejuk mata hatiku memandang, yang saling redha, bertanggungjawab, yang teguh tetap mendirikan solat begitu juga zuriat keturunanku..

Jadi nak apa perlu doa.. Moga2 Allah beri yang terbaik untuk dunia akhirat kita..

3 - DOA MEMOHON AGAR ALLAH PERBAIKI DIRI KITA SETIAP MASA

Ya Allah tuhan yang maha hidup dan maha berdiri sendiri, dengan rahmatmu aku memohon pertolongan, perbaikilah untukku segala urusanku dan janganlah engkau serahkan aku kepada diriku sendiri walau sekelip mata..

Doa ini penting supaya dalam urusan hidup kita moga-moga Allah selalu ada dan kurniakan yang baik-baik saja..

Jadi berdoalah mohon mintalah banyak- banyak padaNYA.. Allah sangat suka hambanya merintih merayu kepadaNYA..

Hatta klau duit habis pun minta lah kepada Allah dulu kemudian barulah berusaha okeh..

Doa bonus.. Ya Allah pilihlah aku golongkan aku sebagai golongan yang berjaya dunia akhirat..

Banyak doa-doa yang bagus untuk wanita.. Jangan lula doa untuk kesejahteraan ibubapa kita juga tau.. Baik yang masih ada atau yang telah pergi ke negeri abadi..

Paling penting perlu yakin dan bersungguh bila berdoa.. Boleh jadi Allah tak beri apa yang kita mahu tapi Allah beri apa yang kita perlu.. Teruskan berdoa apa saja yang kita mahu, berusaha dan bersyukurlah..

Bila kita bersyukur Allah tambah nikmat InShaaAllah..

Nak baca lebih info tentang doa untuk wanita klik DISINI.

Houri Zalikha
0165017789
Shaklee Business Leader

#HouriShaklee 
#nextlevelblogging 
#shakleethrive2023 
#shakleetriumph2023

Comments

Popular posts from this blog

MEWAH DAN MUDAHNYA PERCUTIAN SHAKLEE

PAIN RELIEF CAPLET UNTUK SAKIT SENDI

7 AMALAN GAYA HIDUP SIHAT