7 TIPS KERJA DARI RUMAH


Assalamualaikum.. Hye hampa..
Kalini houri nak share dengan hampa semua tips kerja dari rumah..

Bagi yang macam houri hidup sendir.. Tiada kenderaan sendiri.. Sukar nak bergerak kemana-mana dengan pantas dengan kos yang rendah.. Atas faktor keselamatan juga houri memilih kerja dari rumah.. 

Public transpot bus di kawasan rumah houri di kubang semang ini selepas covid melanda 3 jam 1 bus rapid penang dan bus terakhir nak balik rumah adalah 5:15 petang.. 

Grab pula mahal sehala hampir 20 ringgit.. makan modai jika setiap hari p kerja naik grab kapak hampa weyh.. Habeh gaji lagutu saja.. Cer kira RM 40 × 26 hari jadi RM 1040.. Belum campur makan dan perbelanjaan lain-lain lagi..

Gaji standard sekarang RM 1500.. Itu pun tak semua company ikut untuk penjimatan kos dengan ekonomi yang tak berapa baik sekarang..

Sebab itu houri memilih kerja dari rumah dengan FULLTIME BISNES SHAKLEE..
Jomm houri share tips bekerja dari rumah..


1 - Bangun awal, keluar awal pagi ambil angin pagi dan tidur awal..
Sebaiknya bangunlah sebelum subuh, sesudah subuh keluar ambil angin pagi, tak kisah samada jalan-jalan sikit di perkarangan rumah, keluar beli sarapan atau morning walk..

Nak bangun awal pagi ni pastikan kena tidur awal dalam pukoi 10-11 malam mesti tidur okeh..

2 - Bersihkan diri mandi dan pakai cantik-cantik
Nampak remeh kan.. Duk rumah saja pun relax la.. Percayalah bila kita bersiap lawa-lawa mood kerja pun mai.. Dapat mulakan hari dengan bersemangat, wangi dan ceria.. Baru la syok nak selfie ka.. Nak up video ka.. Personal branding kan penting.. Ahghittu...

3 - Mindset
Kerja dari rumah lagi-lagi orang bisnes nak berjaya paling utama kena jaga mindset.. Fikir baik-baik saja dan kejayaan.. Pagi-pagi nak bakar semangat bak jaga mindset kena tengok video-video motivasi yang terbukti berjaya dan jaga circle hat positif saja okeh..

Dengan siapa kira berkawan dan bergaul sangat mempengaruhi kita.. Jadi perlu berjaga-jaga..

4 - Disiplin
Kerja dari rumah ni perlukan disiplin.. Tidak ka hari akan berlalu begitu saja.. Sedar-sedar ehh dah petang.. ehh dah malam.. Kerja pun ke laut dalam..

Sediakan To - Do - List dan kena follow okehhh.. Rugi biarkan hari berlalu begitu saja tau..

5 - Sediakan ruang khas
Sebaiknya bila bekerja dari rumah ni sediakan ruang khas untuk bekerja dipanggil workstation.. Ruang kecil saja ada meja study dan kerusi.. Ada labtop atau PC personol computer lagi bagus..

Dengan adanya work station kita lebih semangat nak kerja dan tidak bercampur dengan ruang peribadi.. Best kann.

6 - Letakkan target, matlamat dan impian
Untuk apa kita berusaha keras untuk apa dan untuk siapa.. BIG WHY sangat penting..

Sebagai anak gadis bujang bagai sebatang kari tentulah big why houri untuk diri sendiri untuk terus survive, impian houri nak ada rumah dan kereta sendiri supya houri dapat ubah nasib hidup..

Dan houri nak memberi pada mak ayah houri atas ihsan dan keberkatan walaupun mereka tak jaga houri dari kecik.. Membiar houri mencari arah tuju hidup houri sendiri.. Sedey pulak.. Alah bisa tegal biasa.. Small metal..

Seterusnya houri jadi harapan keluarga.. Ada rezki lebih boleh berkongsi dengan adik-adik houri dan anak-anak saudara untuk gembirakan mereka dan takmau depa susah macam houri..

Houri susah ka.. Tak houri tak susah cukup makan pakai dan ada tempat berteduh walaupun hanya menumpang mak sedara sekarang selepas terpaksa pindah dari rumah arwah tok masa tok sakit yang houri duduk dari kecik.. 

Sakit kecewa kena redha, bangkit dan usaha lebih gigih untuk dapat ganti lebih baik dengan izin Allah..

7 - Pilih kerja atau bisnes online yang sesuai..
Houri pilih bisnes shaklee sebab modal rentas.. Sistem website shaklee mesra pengguna.. Company yang kukuh.. Produk yang sangat berkualiti terbukti selamat berkesan.. Sebelum ni houri ada share.. Mehh baca sini BISNES ONLINE TERBAIK MALAYSIA BISNES SHAKLEE..

Tips bonus 
Habaq pada ahli keluarga kerja apa.. bisnes apa kita buat kat rumah supaya mereka tahu dan tak fikir bukan-bukan.. Duduk rumah bukan bermalas-malas makan tidur saja.. 

Pegang handphone sebab cari rezki bukan scrol-scrol tanpa faedah.. Time zoom dan live class pun depa tak pelik dan sentiasa ada ruang peluang tanpa halangan..

Hampa nak bisnes shaklee mai wasap houri..

Baiklah sampai disini dulu perkongsian houri pada kalini. Nak lebih info tentang kerja dari rumah klik kerja dari rumah bukan rezki biasa-biasa.

Houri Zalikha
Shaklee Business Leader
0165017789


#HouriShaklee 
#nextlevelblogging 
#shakleethrive2023 
#shakleetriumph2023

Comments

Popular posts from this blog

MEWAH DAN MUDAHNYA PERCUTIAN SHAKLEE

PAIN RELIEF CAPLET UNTUK SAKIT SENDI

7 AMALAN GAYA HIDUP SIHAT